KEPENTINGAN

Bidang atau sektor pertanian ini dilabelkan sebagai satu bidang yang amat penting sedangkan ianya bukanlah diusahakan oleh individu yang dilabelkan sebagai pekerja dari bidang professional. Menurut Ashriq Fahmy Ahmad (2012), sektor pertanian ini kebiasaannya hanya dipelopori oleh para petani secara kecil-kecilan dan kurang diminati oleh segolongan besar rakyat Malaysia.

Berbeza pula dengan apa yang kita lihat pada tahun 2016 dimana rata-rata anak muda semakin giat mengusahakan bidang pertanian ini sebagai sesuatu yang dilihat mempunyai potensi dalam memberi pulangan yang lumayan. Disebabkan itu juga, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat negara Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) bersama Universiti Putra Malaysia UPM) telah menganjurkan Program Cabaran Siswatani 2011.

Bukan itu sahaja, bidang pertanian ini dilihat dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan bahan makanan dari negara lain. Mengapa perlu mendapatkan bahan makanan dari negara lain sedangkan tanah untuk pertanian di negara Malaysia amat sesuai untuk tanaman utama seperti beras, kopi, bijiran dan juga koko.

Jika keperluan ini dilihat mencukupi, maka Malaysia tidak perlu atau dapat mengurangkan jumlah bahan yang diimport dari negara luar. Dari segi matawang dan keuntungan pula, bidang pertanian amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui pengeksportan hasil pertanian ke negara-negara luar.

Selain itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bekerja di dalam bidang pertanian sekaligus menggalakkan pusingan wang di dalam negara. Pertanian juga  memainkan peranan yang penting dalam pengeluaran bahan makanan, pengeluar bahan mentah, pendapatan eksport negara serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

  • Pengeluar Bahan Makanan
Kepentingan dan kebaikan yang ada dalam bidang pertanian yang dijalankan di Malaysia ini ialah sebagai sektor pengeluar bahan makanan utama. Dengan menjadi pengeluar makanan ini, ianya dapat memenuhi keperluan bekalan bahan makanan dalam negara tanpa perlu mengimport sumber bahan makanan dari neara luar. Apabila bahan makanan tidak diimport dari luar negara, ini bermakna kos import bahan makanan dapat dikurangkan dan kos berkenaan dapat digunakan bagi memajukan lagi industri pertanian.

  • Pengeluar Bahan Mentah
D Malaysia, selain daripada menjadi perngeluar bahan makanan, sektor pertanian juga merupakan pengeluar bahan mentah yang utama. Pertanian bukan hanya melibatkan proses penanaman pokok renek bermula dari biji benih tetapi ianya juga melibatkan proses penanaman pokok yang melibatkan penuaian hasil sepanjang masa seperti pokok getah, kelapa sawit, koko dan sebagainya.

Hasil tuaian dari pokok getah boleh diproses dan dijadikan tayar kenderaan manakala minyak masak pula diperoleh dari hasil pokok kelapa sawit. Manakala produk coklat yang dikeluarkan merupakan hasil tuaian dari penanaman koko. Bahan mentah yang dihasilkan ini dapat digunakan dalam perindustrian dalam negara di samping dapat dieksport ke luar ngara. Dengan kaedah yang dijalankan ini dapat meningkatkan hasil pengeluaran bahan mentah dan menjana pendapatan negara dengan hasil eksport bahan mentah.

  • Pendapatan Eksport Negara

Pertanian yang dijalankan di Malaysia ini juga membawa perubahan kepada hasil pendapatan negara. Hasil lebihan daripada sumber bahan makanan dan bahan mentah utama dapat memberi kepada proses eksport berlaku. Dengan adanya lebihan ini dapat dilihat di sini peningkatan pendapatan eksport negara. Selain tu, ianya juga menjadi penanda aras yang menunjukkan bahawa Malaysia juga menjadi salah sebuah negara pengeksport bahan makanan dan bahan mentah ke luar negara.

  • Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Dalam sektor pertaian, peluang pekejaan mampu diwujudkan kepada masyarakat tempatan. Dengan adanya peluang pekerjaan ini, masyarakat dapat meningkatkan taraf hidup dengan melakukan pekerjaan secara kecil-kecilan yang mana ianya dikenali sebagai perusahaan kecil sederhana. Perusahaan kecil dan sederhana (PLS) di Malaysia merupakan sebuah kumpulan yang heterogen dan terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti peniaga, pengusaha kedai runcit, pengilang kontrak bersaiz sederhana yang membekalkan alat dan komponen kepada syarikat multinasional serta perkhidmatan professional.

Perkembahangan perusahaan kecil sederhana ini mampu memberi nilai positif kepada masyarakat setempat kerana peluang pekerjaan yang diperoleh dapat mengubah sesuatu kelompok masyarakat untuk terus berusaha dalam menjalankan perniagaan dengan berjaya. Sektor pertanian yang dijalankan ini juga merupakan sektor pengeluar utama negara dan pastinya banyak industri yang terlibat dalam bidang pertanian ini dapat memberi peluang pekerjaan yang mahir di dalam bidang tertentu kepada masyarakat.


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. hai...boleh saya tanya,adakah industri pertanian padi menguntungkan?bukan apa, kebanyakan hasil pendapatan negara dalam bidang industri pertanian kebanyakan dipelopori oleh industri getah,sawit,koko berbnding beras

    ReplyDelete
  3. Sangat membantu.......tetapi ..penulis boleh menambah isi dan huraian yg lebih banyak........

    ReplyDelete
  4. Hai boleh saya tanya,saya nak tahu apa jawapan untuk soalan jelaskan kepentingan industri asas tani dalam memajukan sektor pertanian di Malaysia?

    ReplyDelete
  5. Hai ,bulikah jelaskan kepentingan tanaman sampingan kepada kita

    ReplyDelete