Pertanian
di Malaysia dilihat sebagai satu bentuk bidang yang mampu berkembang dengan
pesat dan pergi lebih jauh memandangkan ianya semakin kerap diusahakan. Ini
kerana, Malaysia merupakan salah satu negara yang masih mempunyai tanah yang
subur dan sangat sesuai untuk pertanian berikutan Malaysia juga merupakan
negara khautulistiwa.
Selain
tanah yang subur, Malaysia juga tidak kerap berlaku bencana yang mengakibatkan
kerosakan tanaman jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Malahan, bidang
pertanian ini merupakan satu sektor yang mempunyai daya saing yang tinggi serta
masih lagi merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara.
Sektor
pertanian ini juga dilihat mampu memberi impak positif apabila penyertaan
sektor ini diperingkat dunia mampu menyatu padukan banyak negara-negara malahan
manusia dari setiap pelusuk dunia. Bukan itu sahaja, ia menjadi satu perkara
yang diambil berat untuk dikaji dan diinovasi hingga menjadikan penghasilannya
satu perkara yang menguntungkan individu atau usahawan yang menceburkan diri di
dalam bidang ini.
Sungguhpun
faktor dari cabaran dan halangan itu memberi kesan terhadap pembangunan sektor
pertanian, jika dilihat dari sudut positif, jabatan dan agensi pelaksana yang
dilantik oleh kerajaan mampu mengatasi permasalahan tersebut.
Sangat bagus dan memberi manfaat kepada kita semua
ReplyDeleteinfo yang tidak berguna atau kelate panggil'"TOKROCK""
ReplyDeletePadulah wehhh...aku guna semua information ni untuk buat kerja kursus aku>=<
ReplyDelete